Tuesday, 10 November 2015
Salam kasih
SALAM SAYANG,
SUNGGUH CINTA ITU API,
DI TIUP ANGIN SEMARAKLAH MENYALA,
DIJIRUS AIR PADAMLAH IA,
BAHANGNYA SANGAT MENYEKSA,
HANYA MAMPUKU REDHA
BERSERAH KEPADA ALLAH TUHAN SEGALA CINTA...
SALAM CINTA,
SUNGGUH TATKALA AWAL
KAU MENYAPA MENGHANTAR SALAM BICARA,
KU GEMBIRA DAN BAHAGIA,
DUNIA SEOLAH TERANG BERCAHAYA,
HIDUPKU PENUH MAKNA,
DI MANA PERGI CINTA BERSAMA.
SALAM KASIH
SUNGGUH TELAH KU SERAH SEPENUH JIWA,
TELAH KU PERCAYA JANJI ALLAH TAALA,
SUNGGUH KAMU ITU ANUGERAH,
TANDA KEBESARAN ALLAH,
AKU REDHA AKU SYUKURINYA.
SEMOGA KITA TABAH HADAPI DUGAAN BERSAMA
SEMOGA ALLAH MEMBERI MAWADDAH RAHMAH DN SAKINAH,
SEMOGA ABADI KASIH SYG KITA SELAMA HAYAT MASIH ADA.
KU INGATI KATA KAMU, KU PEGANG JANJI KAMU,
CINCIN DI JARI TANDA SETUJU
IKATAN SUCI KASIH BERSATU
AMIN YA ALLAH
RUHIABIDIN
10.11.2015
----------@-----------
Sunday, 25 October 2015
Saat kau datang ke daerahku
Saat kau datang ke daerahku,
aku menunggu kamu,
dengan debaran kasih yang tak menentu,
turun satu susuk tubuh
itulah adalah kamu,
dengan penuh kejujuran tersimpul padu.
terima kasih sayang,
kerana sudi datang,
dengan penuh penyerahan kepada Tuhan,
terima kasih ya Allah,
menghadirkan kami sebuah pertemuan
yang menyerlahkan kebesaranMu Tuhan,
sungguh Allah Tuhan kita,
Pencipta maya pada dan angkasa
lagi maha mengkhabulkan permintaan kita.
subhanallah....alhamdulillah.
sungguh Engkau amat mendengar bisik hamba,
Sungguh Engkaulah Tuhan alam maya.
ruhi abiddin
25112015 ahad
.........................................
nota kasih
terima kasih ya Allah atas segala nikmat kurniaanmu kepada kami.
syukran ya Allah.
Saat kau datang 23.10.2015 jam 3.30 petang Jumaat yang syahdu penghulu segala hari, hingga 24.10.2015 jam 11.55 malam Sabtu yang indah dan berseri...hehehe.
Ini coretan kenangan indah dalam lipatan kasih sayang hamba.
Monday, 19 October 2015
Dengan namamu yang penuh berkah
Assalamualaikum wbt.
salam kasih sayang,
salam kasih4u,
salam kasihdihati,
salam kasih hikmah,
kasihanda selamanya...
Sungguh dengan izin Allah,
semua ini terwujud.
subhanallah alhamdulillah
la ilaha illallah.
Nabi Muhammad Rasulullah
Allahu Akbar.walillah ilham.
Sungguh Allah maha mendengar,
Dia maha memberi,
Sungguh Allah sangat baik kepada kita,
Dia tidak pernah lupa,,
Allah tempat pergantungan kita
Allah tumpuan makhluk segala...
Terima kasih ya Allah,
terima kasih ya Rahman,
terima kasih ya Rahim,
kerana memberiku cinta kali ke dua,
sungguh cinta ini suatu anugerah
yang Engkau hantar kepada hamba
Wahai Allah,
dekatkanlah dan satukan hati kami
dalam kecintaan keranaMu jua,
tetapkanlah kami istiqomah,
limpahi mawaddah rahmah dan sakinah
jadikan tiap nafas kami itu zikrullah.
amin ya rabbal alamin.
salam cintakasihdihati
ruhi abiddin
20102015 isnin
..................................
nota kasih
terima kasih sayang kerana sudi menemaniku di penghujung petang..
meski sebentar lagi malam,
semoga aku kuat bersamamu meneruskan perjuangan sisa-sisa kehidupan.
tetaplah istiqomah sayang..semaraklah rasa cinta kasih sayang
biarkan bunga-bunga cinta berkembang mewangi di persekitaran,
Sungguh dhuha sentiasa datang menyapa salam, melimpah rezki kepada alam,
indahnya alam cerah dan nyaman dengan izin dan limpahan kurniaan Tuhan,
syukran...syukran...ya Rahman...ya Rahman.
Monday, 5 October 2015
Salam cinta
salam cinta,
tatkala cinta datang,
mengetuk kamar hati,
ku persilakan ia masuk,
ku persilalah ia duduk,
lihatlah ini rumahku rumahmu,
ya seadanya aku...
sayangku,
marilah bersamaku,
ku pegang tanganmu,
kau pimpinlah aku,
menuju redha Allah dan sunnah rasul,
lihatlah di sana bahagia kita
yang tertangguh dulu..
salam kasih4u
ruhi abidin
06102015- sabtu
................................
nota kasih:
aku meminta kepada Tuhan, hantarkan aku seorang teman yang sanggup susah atau senang,
sungguh Allah amat mendengarkan,
aku meminta kepada Tuhan agar anugerahi aku seorang suami yang penyayang, semoga Allah mendengarkan, dan sudi meminjamkan aku seorang suami yang penyayang.....hehehehe..nikmatnya punya teman, dan pasangan..hehehe..in syaa Allah amin.
Saturday, 12 September 2015
cintaku
Salam kasih sayang...
Hari ini aku baca berita
jemaah haji tertimpa runtuhan..
ada yang meninggal ada yang cedera,
innalillahi wainna ilaihi ro jiuun..
dari Allah kita datang..
kepada Allah kita kembali..
Wahai Allah,
kami hamba yang hina lagi banyak dosa,
ampunilah kami,
tunjukilah kami, bimbinglah kami ke jalanMu,
yang suci, lagi penuh rahmat,
jangan kami lupa berzikir walau sesaat ,
redhailah kami..
ruhi abiddin
11 September.2015
....................................................
nota kasih:
Aku menyintai kamu kerana cinta kamu kepada agama islam nan suci,
kata kamu...
DUNIA DIKEJAR TETAPI TIDAK LUPA AKHIRAT,
Dunia kamu suka arak, dunia kamu dengan maksiat,
bagaimana dengan solat kamu...
ia tidak mencegah kamu dari mungkar,
di mana kamu letak akhirat....
Andai kamu tidak menyintai akhirat,
hilanglah cintaku pada kamu ...
biarlah aku kolot di mata kamu kerana melebihkan akhirat,
kerana aku yakin matlamat manusia dicipta bukan untuk menggenggam dunia
tetapi bersiap sedia untuk pulang ke kampung akhirat, di sana rumah kita.
Sedarkah kamu...
dunia ini sekejap, masa terlalu singkat,
bila mata kamu tertutup, tiada lagi dunia yang kamu megah,
masuklah jasad ke dalam barzakh,
bermulalah kehidupan manusia yang sebenarnya,
mata itu celik tak akan tertutup lagi dah..
andaikata nikmat...ia kekal abadi,
andaikata azab...ia berulangkali..
telah difirmankan oleh Allah Tuhan langit dan bumi.
aku yakin aku mengimani.
Monday, 31 August 2015
Tolonglah hamba...
Hari ini,
kolam air itu banjir lagi,
entah kenapa
tanpa angin tanpa ribut,
tiba-tiba airnya melimpah
tak terbendung gaya..
Wahai Allah,
aku tidak menginginkan ia terjadi,
kenapa tiba2 hati itu sayu,
apa kena dengan kamu,
andai api sihir yang ditiup,
padamkan bara-bara yang menyala itu..
Sungguh
tak tertanggung lagi rasanya,
kembalikanlah rasional minda,
kembalikan ceriaku sejak semula,
jangan aku dibelenggu cinta fatamorgana.
kembalilah aku kejalan Allah.
salam kasih sayang
ruhi abiddin
31 0gos 2015
............................................................
nota kasih:
cukuplah dan cukuplah sampai di sini..
andai sihir yang membelengguku selama ini,
pulangkanlah rasa itu kepada tuan yang menghantarnya.
jernihkan wajahku, ceriakan hidupku, kembalikan rasionalku,
agar dapat aku khusyuk beribadat kepada Tuhanku.
aku dan kamu akan kembali kepada Allah.
maka takutlah kepada Allah Tuhanmu dan Tuhanku.
Allahu robbi, Allahu robbuna. Allah maha menghitung amalan hambanya.
salam kasih sayang
Hari ini 31 Ogos 2015,
Ulangtahun kelahiran anak aku yang sulung,
selamat ulang tahun kelahiranmu sayang,
walau tiada hadiah yang ibu berikan,
cuma doa kasih yang tak sejat di ingatan.
Sejahteralah
semoga menjadi anak solehah,
penawar hati penawar di mata,
kami semua menyayangimu
jangan kau ragui itu.
tahun ini kita pelajari,
erti kehilangan dan kesabaran,
erti kasih sayang dan rahmat Tuhan,
erti keredhaan dan kepasrahan.
sungguh Allah amat penyayang.
wahai sayang..
anak2 ibu yang budiman
selayaknya hamba itu beribadat kepada Tuhan.
terima kasih ya Allah
kerana memberi kami keinsafan.
Saat kau tiada lagi di sisi
Hari ini 29 Ogos 2015
tersedar aku dari lamunan,
rupanya road tag insuran ketaku mati 23 Ogos.
wah dah seminggu
keta jalan tak dak road tag insuran,
pi sana pi sini tak sedaq `...
begitulah bila hidup sendiri,
semua nak kena perhati,
dulu ada orang tolong peduli...
manusia selalu begitu,
ada tak pernah disyukuri,
bila tak dak baru di cari-cari.
aku telah pelajari,
aku telah mengerti,
takdir Allah aku redhai..
salam kasih sayang.
ruhi abiddin
0gos 2015
Thursday, 20 August 2015
Hargailah hari ini...
.kenangan bersama ustazah di makkah al mukarromah jun 2014..
................
Indahnya kenangan bersamamu...
kini kau telah pergi meninggalkan aku...aku redha ya Allah.
Aku bermohon, redhailah dia di sana tempatkanlah dia
kini kau telah pergi meninggalkan aku...aku redha ya Allah.
Aku bermohon, redhailah dia di sana tempatkanlah dia
bersama orang yang Kau kasih dan rahmati. amin ya Allah
Salam sayang..
Hargai hari ini,
sinar mentari yang hadir,
curahan hujan yang membasahi bumi
bayu yang mendamaikan,
nafas yang masih dipinjamkan,
kaki yang boleh berjalan ke surau,
hati yang takjub,
bergunanya rerumputan,
indahnya arakan awan,
langit yang tak bertiang,
kehadiran bintang bergemerlapan,
walaupun tak kelihatan,
mungkin kerana cerahnya alam,
semua itu rahsia
yang tak tersingkapkan..
Allahu nurun sama wa tiwal ard,
Allah kan memberi cahayaNya
kepada siapa yang diinginkan,
cahayaNya terang suluh jalan.
Subhanallah,
Allahu akbar,
Allah Maha Besar
yang penuh kebijaksanaan..
syukur kami
atas segala nikmat kurniaan.
ruhi abiddin
21 Ogos 205
..........................
nota kasih
- hargai hari ini,
kerana kelmarin banyak yang ku terlepas pandang..
pengalaman ...
banyak mendidik aku..... menghargai pertemuan..
senyumlah kerana senyum lambang ketenangan...
Wednesday, 19 August 2015
Cinta malam
Salam kasih4u
Wahai malam,
engkau sentiasa sudi hadir,
tanpa dipanggil siang,
Wahai Siang,
tidakkah kau tahu,
tentang cintanya malam...
Wahai Tuhan,
betapa indah takdirMu
buat seluruh alam.
Siang dan malam,
silih berganti,
tanpa penat tanpa bimbang
Cukuplah,
Allah tempat sandaran,
tempat ku berpegang.
ruhi abiddin
19 Ogos 2015.
...........
Nota kasih sayang
Kasih sayangmu tetap di ingatan.....Pesananmu masih di igauan...
doaku kirimkan tiap petang.....airmataku menjadi teman..
tenanglah sayang dalam dakapan rahmat Tuhan..
Saturday, 13 June 2015
kenangan lalu itu indah...
UCAPAN SELAMAT UNTUK KAMU!
"selamat malam sayang"
"SELAMAT HARI LAHIR"
entah berapa hari yang terlepaskan, berapa hari yang kan datang, dari langit turun ke bumi membawa ucapan 'SELAMAT HARI LAHIR' untukmu. YA KAMU! (jangan tak percaya).
cintamu padaku adalah pasak kayu di badan perahu
"SELAMAT HARI LAHIR"
entah berapa hari yang terlepaskan, berapa hari yang kan datang, dari langit turun ke bumi membawa ucapan 'SELAMAT HARI LAHIR' untukmu. YA KAMU! (jangan tak percaya).
cintamu padaku adalah ruas-ruang iga yang mengukuhkan badan
perahu
dari mana lembar-lembar papan menyusun cerita
sebagai kenangan yang menggenapkan rindu
dari mana lembar-lembar papan menyusun cerita
sebagai kenangan yang menggenapkan rindu
susun-menyusun, sambung-menyambung sebagai harapan dan
cita-cita
cintamu padaku adalah alamat berteduh paling syahdu
dari petualangan yang terlumatkan badai
dari kehausan meminum garam ke ruas tebu yang meneteskan
madu
&
kirimkan butir-butir bintang dari matamu
biar terang ruang di jiwa sebelum nadi terlanjur mati
hidup ini terlampau ngeri jika di hela seorang diri, sudilah
berbagi
kirimkan getar senyummu seperti dawai mengirimkan melodi
biar kita dapat bernyanyi memanjakan hati
keraguanmu pada arah kemudi hanya akan menjauhkan tepi
pantai dimana alamat kita menyuburkan mimpi, mewarnai hari
kekalkanlah ikatan suci yang kita ikrarkan bersama
janji bersama sehidup-semati takkan pernah berpunggung hati
sudilah kita saling tepati hingga penggabisan umur
menamatkan hari
saat Izrail menjemput nanti
tuan... walau bukan hari ini... peluang yang ada ini tuan ucapkan
untuk kamu. mungkin belum terlambat-atau tercepat. bila-bila, di
mana-mana, kamu tidak pernah terlupa. ingatan yang tidak pernah pudar.
rasa yang tidak pernah hambar.
salam@sayang
19012014/23:31
(saat catatan ini berakhir)
Labels:
cinta tuan
........................................................
nota kasih:
Masa berputar begitu pantas..
sungguh takdir Allah itu sangat cantik
redha aku terhadap apa yang Allah surat..
kerna Allah tahu apa yang tersirat..
aku katakan pada putra kasih sayangku yang ke empat...
tahu tak kenapa abah tinggalkan kita terlebih dahulu?
kerana abah nak anak2 abah berdikari...gantung hanya pada Allah..
lihatlah contoh Rasulullah..
ayahandanya wafat sejak baginda dalam kandungan,
bondanya wafat sejak baginda di usia 7 tahun,
bondanya wafat sejak baginda di usia 7 tahun,
datuk baginda wafat,
bapa saudara baginda wafat..
isteri baginda pula wafat.
bapa saudara baginda wafat..
isteri baginda pula wafat.
kemudian Allah tenangkan hati baginda dengan mengisrak dan mengmikrajkan baginda
ke sidratun muntaha...untuk menerima solat lima waktu..
jadikan solat dan sabar penolongmu wahai anak-anak ibu...
ibu sayang kamu...tetaplah sabar dalam belajar wahai anakku.
semoga terus berjaya
hari ini..hehehe....emm...
anak aku yang ke empat balik asrama..
anak aku yang ke lima, bongsu juga balik asrama..
pilu rasa hati, detik-detik bersama hantar anak sudah berlalu..
sungguh berputar masa begitu cepat..
kamu redha...aku lagi2 redha ya Allah..
alhamdulillah aku syukur ya Allah...
bimbinglah kami ke jalanMu yang penuh cahaya
dan tunjuki kami untuk beriman dan bertakwa..
amin ya rabb..
ruhi abidin
14062015
Tuesday, 14 April 2015
hari ini ingat pesan emak
hari ni...
anak sulung aku
ke pulau pinang untuk memulakan kerjanya
hari ini,
anak teruna aku
ke negeri sembilan untuk temuduga kerjanya
hari ini,
aku dan anak daraku yang ke dua,
kamu bersamalah emak jangan pergi mana-mana..
khamis..
anak bungsu aku balik asrama,
aku perlu pergi menjemputnya,
semoga...
anak teruna aku di asrama kisas
semoga anak sejahtera dan selamat belajar.
sayang
semua anak2 emak yang ada
mutiara hati penawar lara warisan abah..
al fatihah untuk abang di sana
al fatihah buat abah di sana
moga sejahtera dalam redha Allah..
salam kasih sayang
Subscribe to:
Posts (Atom)