Assalamualaikum wbt.
salam kasih sayang,
salam kasih4u,
salam kasihdihati,
salam kasih hikmah,
kasihanda selamanya...
Sungguh dengan izin Allah,
semua ini terwujud.
subhanallah alhamdulillah
la ilaha illallah.
Nabi Muhammad Rasulullah
Allahu Akbar.walillah ilham.
Sungguh Allah maha mendengar,
Dia maha memberi,
Sungguh Allah sangat baik kepada kita,
Dia tidak pernah lupa,,
Allah tempat pergantungan kita
Allah tumpuan makhluk segala...
Terima kasih ya Allah,
terima kasih ya Rahman,
terima kasih ya Rahim,
kerana memberiku cinta kali ke dua,
sungguh cinta ini suatu anugerah
yang Engkau hantar kepada hamba
Wahai Allah,
dekatkanlah dan satukan hati kami
dalam kecintaan keranaMu jua,
tetapkanlah kami istiqomah,
limpahi mawaddah rahmah dan sakinah
jadikan tiap nafas kami itu zikrullah.
amin ya rabbal alamin.
salam cintakasihdihati
ruhi abiddin
20102015 isnin
..................................
nota kasih
terima kasih sayang kerana sudi menemaniku di penghujung petang..
meski sebentar lagi malam,
semoga aku kuat bersamamu meneruskan perjuangan sisa-sisa kehidupan.
tetaplah istiqomah sayang..semaraklah rasa cinta kasih sayang
biarkan bunga-bunga cinta berkembang mewangi di persekitaran,
Sungguh dhuha sentiasa datang menyapa salam, melimpah rezki kepada alam,
indahnya alam cerah dan nyaman dengan izin dan limpahan kurniaan Tuhan,
syukran...syukran...ya Rahman...ya Rahman.
No comments:
Post a Comment