Monday, 31 August 2015

salam kasih sayang


Hari ini 31 Ogos 2015,
Ulangtahun kelahiran anak aku yang sulung,
selamat ulang tahun kelahiranmu sayang,
walau tiada hadiah yang ibu berikan,
cuma doa kasih yang tak sejat di ingatan.

Sejahteralah
semoga menjadi anak solehah,
penawar hati penawar di mata,
kami semua menyayangimu
jangan kau ragui itu.

tahun ini kita pelajari,
erti kehilangan dan kesabaran,
erti kasih sayang dan rahmat Tuhan,
erti keredhaan dan kepasrahan.
sungguh Allah amat penyayang.

wahai sayang..
anak2 ibu yang budiman 
selayaknya hamba itu beribadat kepada Tuhan.
terima kasih ya Allah
kerana memberi kami keinsafan.

No comments:

Post a Comment