Monday, 31 August 2015

Tolonglah hamba...


Hari ini,
kolam air itu banjir lagi,
entah kenapa
tanpa angin tanpa ribut,
tiba-tiba airnya melimpah
tak terbendung gaya..

Wahai Allah,
aku tidak menginginkan ia terjadi,
kenapa tiba2 hati itu sayu,
apa kena dengan kamu,
andai api sihir yang ditiup,
padamkan bara-bara yang menyala itu..

Sungguh
tak tertanggung lagi rasanya,
kembalikanlah rasional minda,
kembalikan ceriaku sejak semula,
jangan aku dibelenggu cinta fatamorgana.
kembalilah aku kejalan Allah.

salam kasih sayang
ruhi abiddin
31 0gos 2015
............................................................
nota kasih:
cukuplah dan cukuplah sampai di sini..
andai sihir yang membelengguku selama ini,
pulangkanlah rasa itu kepada tuan yang menghantarnya.
jernihkan wajahku, ceriakan hidupku, kembalikan rasionalku,
agar dapat aku khusyuk beribadat kepada Tuhanku.
aku dan kamu akan kembali kepada Allah.
maka takutlah kepada Allah Tuhanmu dan Tuhanku.
Allahu robbi, Allahu robbuna. Allah maha menghitung amalan hambanya.

salam kasih sayang


Hari ini 31 Ogos 2015,
Ulangtahun kelahiran anak aku yang sulung,
selamat ulang tahun kelahiranmu sayang,
walau tiada hadiah yang ibu berikan,
cuma doa kasih yang tak sejat di ingatan.

Sejahteralah
semoga menjadi anak solehah,
penawar hati penawar di mata,
kami semua menyayangimu
jangan kau ragui itu.

tahun ini kita pelajari,
erti kehilangan dan kesabaran,
erti kasih sayang dan rahmat Tuhan,
erti keredhaan dan kepasrahan.
sungguh Allah amat penyayang.

wahai sayang..
anak2 ibu yang budiman 
selayaknya hamba itu beribadat kepada Tuhan.
terima kasih ya Allah
kerana memberi kami keinsafan.

Saat kau tiada lagi di sisi



Hari ini 29 Ogos 2015
tersedar aku dari lamunan,
rupanya road tag insuran ketaku mati 23 Ogos.

wah dah seminggu
keta jalan tak dak road tag insuran,
pi sana pi sini tak sedaq `...

begitulah bila hidup sendiri,
semua nak kena perhati,
dulu ada orang tolong peduli...

manusia selalu begitu,
ada tak pernah disyukuri,
bila tak dak baru di cari-cari.

aku telah pelajari,
aku telah mengerti,
takdir Allah aku redhai..

salam kasih sayang.
ruhi abiddin
0gos 2015

Thursday, 20 August 2015

Hargailah hari ini...



.kenangan bersama ustazah di makkah al mukarromah jun 2014..
................
Indahnya kenangan bersamamu...
kini kau telah pergi meninggalkan aku...aku redha ya Allah.
Aku bermohon, redhailah dia di sana tempatkanlah dia 
bersama orang yang Kau kasih dan rahmati. amin ya Allah

Salam sayang..
Hargai hari ini,
sinar mentari yang hadir,
curahan hujan yang membasahi bumi
bayu yang mendamaikan,
nafas yang masih dipinjamkan,
kaki yang boleh berjalan ke surau,
hati yang takjub,
bergunanya rerumputan,
indahnya arakan awan,
langit yang tak bertiang,
kehadiran bintang bergemerlapan,
walaupun tak kelihatan,
mungkin kerana cerahnya alam,
semua itu rahsia
yang tak tersingkapkan..


Allahu nurun sama wa tiwal ard,
Allah kan memberi cahayaNya
kepada siapa yang diinginkan,
cahayaNya terang suluh jalan.

Subhanallah,
Allahu akbar,
Allah Maha Besar
yang penuh kebijaksanaan..
syukur kami
atas segala nikmat kurniaan.

ruhi abiddin
 21 Ogos 205
..........................
nota kasih
- hargai hari ini,
kerana kelmarin banyak yang ku terlepas pandang..
pengalaman ...
banyak mendidik aku..... menghargai pertemuan..
senyumlah kerana senyum lambang ketenangan...

Wednesday, 19 August 2015

Cinta malam



Salam kasih4u

Wahai malam,
engkau sentiasa sudi hadir,
tanpa dipanggil siang,

Wahai Siang,
 tidakkah kau tahu,
 tentang cintanya malam...

Wahai Tuhan,
betapa indah takdirMu
buat seluruh alam.

Siang dan malam,
silih berganti,
tanpa penat tanpa bimbang

Cukuplah,
Allah tempat sandaran,
tempat ku berpegang.

ruhi abiddin
19 Ogos 2015.
 ...........
Nota kasih sayang

Kasih sayangmu tetap di ingatan.....Pesananmu masih di igauan...
doaku kirimkan tiap petang.....airmataku menjadi teman..
tenanglah sayang dalam dakapan rahmat Tuhan..