Wednesday, 5 March 2014

Selamat ulang tahun sayang

Selamat ulang tahun sayang,
semoga dipanjangkan usia dalam ketaatan,
diberi wal afiat kesihatan,
hidup dalam keberkatan.

Terima kasih sayang,
kerana sudi menjadi suami yang penyayang..
menjadi abah buat anak2 tersayang.
bertanggungjawab pada keluarga seharian.

Sejahtera buatmu sayang..
salam rahmat dan berkat Allah buat abang.
kenangi kami dalam rindumu yang terdalam,
api cinta kasih tak pernah padam.

ruhi abidin
06 Mac 2014
..........................
Hari ini ulang tahun abang ke 50 tahun..hehehe..wah kita sudah menjadi warga emas ni..
syukurlah kita sudah sampai ke tahap ini,
anak-anak dah besar, anak2 sedang dalam pengajian,
anak2 sempurna tubuh badan,
ini anugerah Allah pada kita yang tak ternilaikan...
semoga semuanya sihat wal afiat dan dipermudahkan segala urusan..
salam kasih sayang..yang tak pernah padam...semarak kasih sentiasa menyulam.

1 comment:

  1. Sudah 11 tahun abang meninggalkan kami, kami baik2 saja di sini, anak2 dah besar.. Semua tumbuh membesar sempurna.. Terima kasih sayang... Abang meninggalkan 5 warisan menemaniku siang mlm..

    ReplyDelete