Wednesday, 29 January 2014

Kembalikan cinta kasih sayangku


Allah huakbar...
Allah maha besar dengan kebesaranNya.

La hau la wala khuwata illah billah hil aliyyil azim...

Ya Allah,
mengapa  benci menyelubungi hati ini,
mengapa terasa rumahku ini sepi,
terasa aku seorang mengharungi kehidupan hari-hari,
terasa hati ini... ingin menjauh..!!

Ya Allah,
andai ada sihir yang ditiupkan kepada kami,
andai ada dengki hasrat untuk menganiaya kami,
janganlah ia merosakkan hubungan kasih sayang kami,
jangan ia meruntuhkan mahligai kasih kami.

Ya Allah,
dia telah menjadi sahabat sejati aku sejak 25 tahun yang lalu,
sahabat dalam tidur dan jaga aku,
sahabat yang dalam senang dan susah aku,
sahabat siang dan malam aku..

Ya Allah,
dia telah menunjukkan potensi cemerlang di mata aku,
dia ayah yang baik untuk anak-anak aku,
dia suami yang berusaha sedaya upaya untuk membahagiakan aku,
suami kasih sayang di dunia dan di akhirat aku..

Ya Allah,
hamba ini mendzolimi diri sendiri,
hamba berbisik kepadaMu Ya Ilahi Ya Rabbi,
Kerna Engkaulah yang Maha mengetahui hati-hati kami,
Engkau yang memegang nyawa aku..

Ya Allah,
berilah petunjuk dan hidayah padanya,
agar dia tidak membuat kesilapan lagi seperti hari sudah,
agar dia tidak terpengaruh lagi dengan bisikan syaitan laknatullah,
agar dia sentiasa dalam kebaikan dan keredhaan..

Ya Allah,
biarlah dia bersama siapa aja,
asalkan hati dan rasa cinta kasihnya untuk aku.
aku redha ya Allah apa aja ketentuanMu,
kerana takdirMu itu cantik dan terbaik buat hamba.

Ya Allah,
ampuni dosa aku jadikan aku isteri yang solehah,
ampuni dosa suami aku..jadikan dia suami yang soleh,
ampuni dosa anak-anakku..jadikan mereka anak-anak soleh dan solehah,
ampuni dosa kaum muslimin dan muslimat kerana mereka hambaMu yang lemah.

Ya Allah,
terima kasih kerana memanggil aku dari jauh,
terima kasih kerana menitipkan rasa sedih tersisih,
terima kasih ya Rahim, sungguh Engkau amat  Pengasih,
terima kasih ya Rahman kerana tidak menghukum aku lagi

Allah huakbar,
Ya Zal jala liwal ikrom...

ruhi abidin.
29.Januari.2014
nota kasih:
ya Allah...
kembalikan kasih sayangnya kepadaku,
kembalikan sahabatku yang aku berkawan dengannya sejak 25 tahun yang lalu..
kembalikan ketenangan dalam rumah tangga kami,
kembalikan keseronokan dalam detik bersama kami,
kembalikan kehangatan cinta kasih sayang kami,
kembalikan debaran dengupan jantung tatkala bertemu pandangan kami,
kembalikan sakinah, rahmah dan mahabbah dalam rumahtangga kami..

ya Allah,
inikah perencanaanMu,
jangan Kau biarkan kejahilanku menentukan hidup aku walau sekadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu...
bantulah kami ...bimbinglah kami ke jalan SYURGA MU...

Sungguh aku memohon padaMu CINTA...
namun jika ia datang bersama airmata dan derita...aku terima ya Allah.
kerana ini jua bahagia dan berhikmah....
terima kasih ya Allah...
alhamdulillah...

1 comment:

  1. Sungguh Allah telah memberiku cinta yg ku damba,
    Meski dia telah tiada di dunia aku selalu menghnatar salam
    Kasih sayang cinta padanya. Terimalah hadiah yg tak seberapa tiap malam kita...

    ReplyDelete