Saturday, 12 September 2015

cintaku


Salam kasih sayang...
Hari ini aku baca berita
jemaah haji tertimpa runtuhan..
ada yang meninggal ada yang cedera,
innalillahi wainna ilaihi ro jiuun..
dari Allah kita datang..
kepada Allah kita kembali..

Wahai Allah,
kami hamba yang hina lagi banyak dosa,
ampunilah kami,
tunjukilah kami, bimbinglah kami ke jalanMu,
yang suci, lagi penuh rahmat,
jangan kami lupa berzikir walau sesaat ,
redhailah kami..

ruhi abiddin
11 September.2015
....................................................
nota kasih:
Aku menyintai kamu kerana cinta kamu kepada agama islam nan suci,
kata kamu...
DUNIA DIKEJAR TETAPI TIDAK LUPA AKHIRAT,
Dunia kamu suka arak, dunia kamu dengan maksiat,
bagaimana dengan solat kamu...
ia tidak mencegah kamu dari mungkar,
di mana kamu letak akhirat....

Andai kamu tidak menyintai akhirat,
hilanglah cintaku pada kamu ...
biarlah aku kolot di mata kamu kerana melebihkan akhirat,
kerana aku yakin matlamat manusia dicipta bukan untuk menggenggam dunia
tetapi bersiap sedia untuk pulang ke kampung akhirat, di sana rumah kita.

Sedarkah kamu...
dunia ini sekejap, masa terlalu singkat,
bila mata kamu tertutup, tiada lagi dunia yang kamu megah,
masuklah jasad ke dalam barzakh,
bermulalah kehidupan manusia yang sebenarnya,
mata itu celik tak akan tertutup lagi dah..
andaikata nikmat...ia kekal abadi,
andaikata azab...ia berulangkali..
telah difirmankan oleh Allah Tuhan langit dan bumi.
aku yakin aku mengimani.