Saturday, 19 April 2014

Surat Rasul...




Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Persia yang agung.
Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya,
dan bagi orang yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Nya dan utusan Nya.

Aku mengajakmu kepada panggilan Allah
sesungguhnya aku adalah utusan Allah
bagi seluruh manusia supaya aku memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir.

Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat.
Jika kamu menolak maka kamu akan menanggung dosa orang orang Majusi.



Kisahnya

Ketika Rasulullah s.a.w mengirim surat kepada Raja Khosrau IIAbrawaiz iaitu raja dari Negeri Persia dan menyerunya kepada Islam. Namun ketika surat itu dibacakan oleh Raja itu, dia pun merobeknya sambil berkata, ”Hamba rendahan dari rakyatku menuliskan namanya mendahuluiku."
Ketika berita tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w, baginda pun mengatakan, ”Semoga Allah merobek-robek kerajaannya.”
Doa tersebut dikabulkan. Persia akhirnya kalah dalam perang menghadapi Romawi dengan kekalahan yang menyakitkan. Kemudian dia pun digulingkan oleh anaknya sendiri yakni Syirawaih. Dia dibunuh dan dirampas kekuasaannya.
Seterusnya kerajaan itu kian terobek-robek dan hancur sampai akhirnya ditakluki oleh pasukan Islam pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khaththab r.a hingga tidak dapat lagi berdiri.

rujuk:  http://www.ohdunia.my/2013/01/koleksi-surat-rasulullah-kepada.html
...................................
Selawat dan salam untuk rasulullah Nabi Muhammad S.A.W, kepada keluarga baginda, kepada sahabat-sahabat baginda, kepada orang yang mengikut baginda, kepada orang yang beriman dan beramal soleh / solehah.. 
Alhamdulillah ya Allah,
Alhamdulillah ya Rahman,
Alhamdulillah ya Rahim,
atas segala nikmat iman dan islam...ini. 
semoga keselamatan dan kerahmatan serta keberkatan meliputi kehidupan kami..amin

...................
ruhi abiddin..
19 April 2014

Thursday, 3 April 2014

TITIPKAN IMAN DI HATI KAMI...

SURAH AL BAQARAH AYAT 136 DAN 137

SALAM PERINGATAN
SALAM KASIH SAYANG
SALAM RAHMAT DAN BERKAT ALLAH
KEPADA ANDA DAN KITA SEMUA..
AMIN.