Sunday, 30 March 2014

Syukur ya Allah

Alhamdulillah,
terima kasih ya Allah,
terima kasih ya Rahman,
Terima kasih ya Rahim..

Sungguh Allah Maha tahu
Allah maha mendengar,
Allah pengasih lagi penyayang,
Ma sya Allah...subhanAllah.

Allahu la ilah haillallah,
Muhammadu Rasulullah,
Allah huakbar,
Allahu rabbi..

Allah yang memberi kesembuhan,
Allah yang maha berkuasa,
Allah hurabbi...
Allah tempat kami kembali...

Ruhi abiddin
30 Mac 2014

Sunday, 23 March 2014

Rahman ya Rahman

Alhamdulillah,
lagu ni sangat menyentuh hati,
Wahai Allah
Berikan kami seperti yang ada dalam senikata lagi
Bantulah kami untuk membaca, memahami dan mengamalkan isi al quran
Indahnya wahyu Mu
Bermaknanya segala kalimah Mu
Maha benarlah segala perkataan Mu

Ruhi abiddin
23 Mac 2914


Saturday, 22 March 2014

DOA BUAT HATI


Salam kasih syg..
doa itu senjata org Islam,
doa sahabat yang sahabatnya tidak tahu kita berdoa 
dimakbulakn Allah.

Jangan pernah  berputus asa dengan doa
rahmat Allah luas

Monday, 10 March 2014

Salam di hari kelahiranmu sahabat

assalamualaikum,
salam ceria selalu
malam semakin larut..
gelap hanyut..

malam yang sendirian,
siang yang penuh kesibukan,
malam sudi menemankan,
agar badan dalam kerehatan.

sayang..malam begitu setia,
datang tanpa di minta,
namun aku sedar
esuk fajarkan menyinsing jua.

11 Mac telah tiba
dari jauh ku sulam doa
agar kamu bahagia dan ceria...
ya aku seperti biasa alhamdulillah.

biar tak usah di sampaikan,
ketulusan bukan pada ucapan,
hanya hati itu merasakan,
doa tulus ku abadikan.

sayang seribu kali sayang,
kasihanda kasihdihati,
salam kasih sayang
sri tinta mengundur diri.

ruhi abidin.
11 Mac 2014
............................
nota kasih:
manusia boleh mengatakkan tidak,...
tetapi hati itu tidak pernah menipu diri,

selagi minda itu masih waras...kenangan tetap abadi.
cuma manusia punya malu...malu sebahagian daripada iman,

akal kuat bekerja agar iman terus bercahaya,
iman kan membimbing hati, agar mengingati Ilahi.
iman pemandu jalan...menuju takwa... mencari redha Ilahi.

terima kasih Ya Allah kerana menunjuki aku jalan pulang,
cukuplah Allah yang Maha penyayang..

kuat kan hati aku untuk kaki melangkah
berjalan di landasan agamaMu yang indah.

..amin ya rab.

Thursday, 6 March 2014

Hati itu

Assalamualaikum,
salam kasih sayang.

Mutiara hidayah hari ini.

~~HATI YANG BAIK ITU ialah
HATI YANG DISEMAI, DIBAJAI DAN DITANAM
 DENGAN AQIDAH TAUHID KEPADA ALLAH S.W.T ~~

Salam Jumaat
07 Mac 2014
................................
nota kasih

Perahu kertas

ya perahu kertas 
yang kau lipat-lipat jadi,
tak akan bertahan lama kasih,
takdir itu cukup seni
cantik..
 
hati itu usah bersedih lagi.
dunia luas lihat sendiri,
rahmat Allah sentiasa melimpahi..
cukuplah Allah
di hati.ini,

ruhi abiddin
07 Mac 2014
..............................................................
 

Bicara hati kasih

Assalamualaikum,
salam kasih sayang..
salam rahmat dan
berkat Allah kepada tuan,

bayu berpuput lembut,
mengimbau kenangan lama,
seakan baru semalam kisahnya..

usahlah toleh belakang,.
pandanglah nun ke hadapan
jalan takdirmu cantik terbentang.

Allah tahu kita dungu,
Allah beri yang terbaik buat kita,
inilah takdir yang terindah.

terima kasih ya Allah,
menyedarkan hamba dari mimpi belaka
agar tak terjebak kali ke dua.

terima kasih ya  Rahman,
memanggil aku ke dalam dakapan
agar aku pulang ke pangkuan

terima kasih ya Rahim,
menitipkan redha di hati ini,
limpahi kami rahmat kasih..

ruhi abiddin
07 Mac 2014
................................
nota kasih:
salam kasih sayang, pandanglah mata anak-anak, pandanglah mata suami tercinta,
ingat pekerjaan, ingat teman-teman, ingat selalu pada Tuhan...

hati-hati tatkala berjalan, hati tatkala berperanan,
kerana buat baik pasti diberi ganjaran..buat jahat pasti juga ketahuan..

wahai Allah tolonglah kami ...tunjuklah kami jalan agar kami dalam redhaMu,
beriman dan bertakwa sepanjang zaman.
amin..

Wednesday, 5 March 2014

Selamat ulang tahun sayang

Selamat ulang tahun sayang,
semoga dipanjangkan usia dalam ketaatan,
diberi wal afiat kesihatan,
hidup dalam keberkatan.

Terima kasih sayang,
kerana sudi menjadi suami yang penyayang..
menjadi abah buat anak2 tersayang.
bertanggungjawab pada keluarga seharian.

Sejahtera buatmu sayang..
salam rahmat dan berkat Allah buat abang.
kenangi kami dalam rindumu yang terdalam,
api cinta kasih tak pernah padam.

ruhi abidin
06 Mac 2014
..........................
Hari ini ulang tahun abang ke 50 tahun..hehehe..wah kita sudah menjadi warga emas ni..
syukurlah kita sudah sampai ke tahap ini,
anak-anak dah besar, anak2 sedang dalam pengajian,
anak2 sempurna tubuh badan,
ini anugerah Allah pada kita yang tak ternilaikan...
semoga semuanya sihat wal afiat dan dipermudahkan segala urusan..
salam kasih sayang..yang tak pernah padam...semarak kasih sentiasa menyulam.